eya!

'Aku meragui,lantas kuberfikir. Aku berfikir,lantas kutemui diri'

21:29

Petua

di taip oleh Eya




Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
___________________________

Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
___________________________

Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Merawat Kulit Berkedut:

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

__________________________

Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

Legakan Sakit Gigi:

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

______________________

Segarkan Mata:

Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

___________________________


Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:

Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

______________________

Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

______________________

Mengurangkan Dengkur:

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

______________________

Cara Menghilangkan Ketuat:

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

______________________

Menaikkan Seri Muka:

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

______________________

Mengelakkan Nafas Berbau:

Sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

______________________

Limau Nipis Mewangikan Rambut:

Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

______________________

Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:

Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.

______________________

Mengelak Keguguran Rambut:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

______________________

Ubati Bibir Yang Pecah:

Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

______________________

Menghilangkan Kembong Perut.

Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.

______________________

Atasi Tumit Pecah:

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

______________________

Ubat Sakit Angin:

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

______________________

Menghaluskan Kulit Muka:

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

______________________

Melembutkan Tapak Kaki:

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

______________________

Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

___________________________

Mari Hapuskan Kelemumur.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.

___________________________

Putihkan Kulit Melecur.

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

___________________________

Pulihkan Bengkak Di Kaki.

Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.

___________________________

Meredakan Batuk.

Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.

___________________________

Pening Kepala:

Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

______________________

Lemah Otot:

Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

______________________

Demam Selsema:

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

___________________________

Menghilangkan Panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

___________________________

Menghalau Semut:

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

______________________

*Akan di update...




0 komen aje..: