eya!

'Aku meragui,lantas kuberfikir. Aku berfikir,lantas kutemui diri'

19:41

Resepi..mcm2 ada

di taip oleh Eya



Bistik Roti

Bahan-Bahan:
5 biji roti
75 g daging
4 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kurma
2 tangkai daun sup
2 senduk minyak kelapa
1 senduk minyak sapi
Gula, garam dan ajinomoto
Cara:
Daging dicincang halus atau dikisar. Bawang besar dimayang halus. Masukkan daging ke dalam kuali dan rebus dengan sedikit air hingga daging empuk. Kemudian masukkan sedikit garam, rempah kurma dan semua bahan-bahan lain. Bila kering, amgkat. Roti 1 biji dibelah dua. Kemudian buangkan isi dalamnya dam masukkan inti. Buatkan begini hingga habis. Masukkan minyak kelapa dan minyak sapi dalam kuali kemudian gorengkan roti. Angkat dan hidangkan.
______________________

Bergedil Maggi

Bahan-Bahan:
Bahan A:
Sebungkus Mee Maggi
Sedikit tepung cucur udang segera ADABI (ikut citarasa)
Bahan B:
Jintan Manis (ditumbuk halus)
Bawang merah (dihiris kecil-kecil)
Udang (dibuang kulit)
Cili hidup (dihiris kecil-kecil)
Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
Sedikit telur (1 bungkus Mee Maggi 2 biji telur)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Cara:
Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit, cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian, renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan. Kepalkan Mee Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur. Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan, pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian, celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan kekuningan, hidangkan panas-panas.
Tambahan:
Bergedil Maggi tadi enak dimakan panas-panas. Ia juga boleh dicicah dengan sos cili dan mayones. Selamat mencuba!
________________________

Bread Tuna Mayonis Chessy Simple

Bahan-Bahan:
Sebungkus roti gardenia
2 tin ikan tuna perisa original
bawang besar
lada sulah
mayonis
cheese
garam
telur

Cara:
Gaulkan tuna+ mayonis+lada sulah secukup rasa+sedikit garam+ bawang besar yang dihiris kecil.potong keju supaya menjadi hirisan halus.
Letakkan bahan-bahan yang telah digaul diatas roti. letakkan keju yang dihiris.
gulungkan roti tersebut.
goreng dengan minyak sapi atau minyak masak.
Cadangan Hidangan:
sesuai dibuat sarapan dan minum petang bersama tea.
Tambahan:
Bread Tuna Mayonis Cheesy ini sedap dan mudah dibuat. Rugi jika tidak mencuba. keluarga anda pasti sukakan makanan ini.
________________________

Sandwich Ayam

Bahan-Bahan:
½ buku roti sandwich
1 cawan daging ayam (dicincang)
4 sudu besar Salad Cream
1 sudu besar mentega (dicairkan)
Sedikit garam dan lada sulah
Cara:
Campurkan semua bahan-bahan, gaul hingga rata. Ratakan bahan tadi ke atas sekeping roti yang telah disapu mentega. Letakkan sekeping lagi roti, buangkan kulitnya dan potong ikut suka.
________________________

Cheese & Mushroom Omelette

Bahan-Bahan:
8 biji telur ayam bersaiz besar
1 sudu besar susu cair atau krim
½ sudu kecil lada sulah
½ cawan cendawan butang (dihiris nipis)
½ cawan keju parut
½ cawan udang (buang kulit)
1 sudu besar kucai dihiris halus
3 ulas bawang merah kecil diracik halus
3 sudu besar mentega
Garam secukup rasa



Cara:
Panaskan satu sudu besar mentega didalam kuali. Masukkan cendawan dan udang. Masak selama 2 minit. Angkat. Pukul telur bersama lada sulah, susu cair dan garam (perlu diingat keju agak masin, jadi kurangkan sedikit garam). Panaskan 2 sudu besar mentega dalam kuali (api sederhana). Masukkan telur yang dipukul. Biarkan tanpa dikacau selama 1 minit. Taburkan keju parut, kemudian campuran cendawan, udang dan kucai. Biarkan sehingga masak (lebih kurang 2 atau 3 minit lagi).
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk sarapan pagi. Makan begitu saja atau bersama roti.
_______________________

Coleslaw

Bahan-Bahan:
Kobis bulat (banyak ikut suka)
Lobak merah (sedikit sahaja)
Sos coleslaw (ada dijual dikedai)

Cara:
Cincang kobis halus - halus, kuantiti ikut selera anda.

Cincang lobak merah halus - halus, kuantiti agak - agak le - sebab untuk dibuat penyeri coleslaw anda je.
Gaulkan kedua - duanya sekali dan tambahkan sos coleslaw dengan kuantiti mengikut selera anda.

Siap untuk dimakan.
Cadangan Hidangan:
Terpulang kepada imaginasi anda.
Tambahan:
Lobak merah tu, kalu nak hiris kasar sikit pun takpa la, ikut selera anda..tapi kalau nak serupa makam kat KFC, cincang le halus-halus.
_______________________

Jejari Bawang Berkeju

Bahan-Bahan:
220 gm mentega
2 biji telur
220 gm keju parut
200 gm tepung berserbuk penaik
200 gm tepung serbaguna
5 biji bawang merah (dihiris dan digoreng)
Garam
Serbuk lada sulah
Sedikit susu segar
Cara:
Putar mentega bersama telur hingga sebati. Masukkan semua bahan lain dan uli adunan hingga lembut.

Canai dan potong adunan seperti jejari. Susun di dalam dulang. Sapu sedikit susu segar di atasnya.

Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celcius.
______________________

Popia Mayonnaise

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan A:
5 biji telur ayam
Sepaket kecil atau sedang sayuran campur
Serbuk lada putih
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
Pecahkan kesemua telur ke dalam mangkuk, masukkan garam dan serbuk lada putih, kacau sehingga sebati. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan-bahan tadi termasuk sayuran campur. Gaulkan sehingga masak, ketepikan.
Kulit popia segera, saiz sedang
Bahan-bahan inti:
Sengkuang, dipotong memanjang
Taugeh
Cendawan butang, dipotong 4 atau dihiris nipis
Sos cili
Mayonnaise
Minyak untuk menggoreng
* jumlah bahan bergantung kepada individu
Cara:
Ceraikan kulit popia satu persatu, jika disimpan dalam peti sejuk, keluarkan 1 ~ 2 jam sebelum memasak.
Sediakan kuali dan masukkan sengkuang dan taugeh, gunakan api sederhana, balik-balikkan bahan-bahan tadi sehingga agak lecur. Masukkan sos cili dan mayonnaise, gaul sehingga sebati dan masukkan cendawan butang. Apabila sos mula mendidih, masukkan bahan A tadi dan gaul sekali lagi untuk meratakan sos. Biarkan sehingga sos menjadi pekat, tambahkan garam jika perlu. Angkat dan biarkan seketika.
Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti yang disediakan tadi. Gulung dan lekatkan setiap bucu yang terhasil dengan bancuhan pekat tepung untuk mengelakkan popia terbuka ketika digoreng nanti.
Goreng dengan api yang sederhana sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos cili Thai.
______________________

Popia Sosej

Bahan-Bahan:
Kulit popia
3 batang sosej
1 biji bawang besar
2 biji cili
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Bahan utk sos:
2 sudu besar cili kering(mesin)
2 sudu besar gula
2 suda besar sos cili
sedikit air
Cara:
Sosej,bawang besar,cili dipotong dadu kecil.Masukkan semua bahan ke dlm mangkuk.Pecahkan telur dan gaul sehingga sebati dgn bahan2 tadi.
Setelah sebati boleh la dibungkus dgn kulit popia tadi dan digoreng.

Utk sos,masukkan kesemua bhn tadi dan masak hingga kuahnya agak pekat.
Cadangan Hidangan:
Boleh juga dihidang bersama sos cili thai.
______________________

Sandwich Sardine Special

Bahan-Bahan:
1 tin sardin
2 biji bawang besar
10 @ 15 biji cili padi
3 biji limau kasturi
1 biji timun @ 1 ikat salad
Margerin @ butter
3 @ 4 sudu besar mayonese
1 @ 2 buku roti
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak masak
Sedikit serbuk perasa
Cara:
Buangkan kuah dan tulang sardin kemudian hancurkan isi sardin tadi dengan mengunakan sudu dan garpu sehingga lumat. Setelah itu masukan bawang dan cili padi yang telah dihiris kecil serta perahkan limau tadi ke dalam sardin . Gaul sehingga sebati. Panaskan minyak dan kemudian masukan sardin tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga sedikit garing dan masukan serbuk perasa serta lada sulah. Padam kan api dan masukan mayonese. Gaul sehingga sebati.
Cadangan Hidangan:
Bakar roti jangan terlalu garing. Kemudian seletkan roti tadi dengan butter @ margerin.Letakkan sardin bersama-sama dengan timun @ salad yang telah dihiris.Ia sedap di makan panas-panas.
_____________________

Tauhu Sumbat Ayam Bersalad

Bahan-Bahan:
beberapa keping tauhu
isi ayam( dipotong kecil)
tepung goreng rangup
garam secukup rasa
mayonise/thousand island
serbuk lada
hirisan lobak merah
hirisan gobis ungu
hirisan timun
Cara:
1)Tauhu digoreng hingga garing.Sejukkan.Keluarkan isinya.Berhati-hati supaya tauhu tidak terkoyak.kulit tauhu digoreng semula.
2)Goreng isi ayam yang telah bersalut tepung goreng dan sedikit garam.Sejukkan.
3)Campurkan semua bahan diatas.Pastikan semua bahan diatas benar-benar telah sejuk.
4)Sumbatkan kedalam kulit tauhu.
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan bersam nasi atau minum petang.Ia juga sesuai dimakan bersama sos.
Tambahan:
Ia juga dapat membantu memikat selera anak-anak anda kerana kepelbagaian warna.
_______________________

*diatas adalah menu2 mskn ringan..

1 komen aje..:

Eya said...

gue udh cube lamb chop
kt dlm resepi mymesre.net.
sedap meh..lgpon sng gile.
jom la try..